KELAS MAHIR BAIKI GADGET
12 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2025, telah diadakan Kelas Mahir Baiki Gadget bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.
Sebelum sesi pembelajaran bermula, peserta perlu log masuk ke dalam sistem MTS dan klik pada Course Mahir dan menyertai sesi pembelajaran secara atas talian bersama guru mahir. Dalam sesi pembelajaran peserta boleh berinteraksi dengan Cikgu Mahir dan boleh bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran tersebut. Setiap minggu kelas, modul telah disediakan untuk peserta jadikan rujukan semasa dalam kelas atau waktu luar kelas.