PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI PROGRAM STEM DAN DIGITAL DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

21 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2025, telah diadakan Program Kempen Internet Selamat Di Program Stem Dan Digital Daerah Jempol Dan Jelebu bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program ini berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang.

Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah serta pelajar sekolah menengah daerah Jempol dan Jelebu. 5 buah sekolah rendah iaitu SK Sg Sampo, SK Dplus, SK raja Alias 3, SK Serting Hilir Komplek dan SK Felda Serting terlibat dengan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Komplek Rakan Muda Jempol. Pada kali ini modul yang disampaikan adalah kepada pelajar tahap 2, berumur 10 tahun hingga 12 tahun. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah secara berkumpulan dan pelajar didedahkan kepada 5 pembelajaran iaitu Pelajaran 1 Stesen Literasi Digital, Pelajaran 2 Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial, Pelajaran 3 Stesen Bahaya Media Sosial 1, Pelajaran 4 Stesen Bahaya Media Sosial 2 dan Pelajaran 5 Alternatif Kepada Media Sosial. Terdapat juga Booth pameran NADI yang menyediakan perkhidmatan MyDigital ID, permainan secara bersemuka dan permainan atas talian. Disamping itu, turut diadakan sesi penyampaian anugerah Ikon K-Dat Guru dan Ikon K-Dat Murid kepada sekolah yang terlibat.

Kembali Ke Atas

kembali