WEBINAR MOTIVASI PELAJAR EDISI 3 TINGKATAN 1-6
24 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2025, telah diadakan Webinar Motivasi Pelajar Edisi 3 Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Webinar motivasi pelajar edisi 3 ini bertujuan membuka mata dan minda pelajar dalam memilih laluan selepas habis sekolah. Pelajar perlu mengetahui setiap minat dan bidang yang bersesuai dengan pendidikan sekolah. Pelajar juga diberi penjelasan bagaimana untuk membuat pilih dan perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pelajar dalam membuat keputusan yang terbaik terhadap masa depan mereka.