MAXIS EKELAS MELALUI PORTAL DELIMA

9 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Oktober 2025, telah diadakan pembelajaran Maxis eKelas Melalui Portal Delima bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang.

Pembelajaran ini bertujuan memperkenalkan Maxis eKelas kepada murid-murid sekolah rendah. Maxis eKelas menawarkan pembelajaran yang interaktif dan menarik. Antaranya terdapat video pembelajaran untuk subjek-subjek teras, nota menarik dan ringkas serta kuiz pembelajaran. Selain itu, setiap aktiviti dalam portal maxis eKelas mempunyai point untuk murid-murid dan point tersebut boleh ditukar kepada topup hotlink. Di samping itu, terdapat juga ganjaran lain, hadiah menarik untuk peserta yang konsistan meggunakan flatform Maxis eKelas dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran.

Kembali Ke Atas

kembali