PROGRAM KEMPEN INTERNET (KIS) SELAMAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DI SJKC SRI SENDAYAN

10 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Oktober 2025, telah diadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) Peringkat Negeri Sembilan bertempat di SJKC Sri Sendayan. Program ini berlangsung dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 petang.

Program ini melibatkan seramai 300 orang murid dan guru dari 30 buah sekolah rendah Daerah Seremban. Fasilitator NADI terlibat dalam menjalankan bidang tugas mengendalikan modul Internet Selamat Tahap 2 (10-12 tahun) bersama para murid yang telah dibahagi mengikut kumpulan. Program ini telah dirasmikan oleh Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi.

Kempen tersebut merangkumi sesi taklimat dan aktiviti interaktif menggunakan modul khas yang direka khusus untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap penggunaan Internet secara selamat dan beretika. Selain itu, terdapat booth NADI, booth Kempen Internet Selamat (KIS) dan booth Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut memeriahkan program tersebut. Antara aktiviti di booth ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pedaftaran Ahli NADI, Permainan Dilea (Tusyen Rakyat), Permainan Kempen Internet Selamat secara online dan offline dan pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi aplikasi Internet dan risiko ancaman dalam talian.

Kembali Ke Atas

kembali