LMS ESPORT SAINS SUKAN FIZIKAL DAN PEMULIHAN
25 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2025, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran Sains Sukan Fizikal dan Pemulihan bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Antara tujuan pembelajaran bagi topik ini ialah meningkatkan kefahaman tentang aspek Saintifik E-Sukan seperti pengetahuan tentang aplikasi prinsip sains sukan seperti fisiologi, psikologi, biomekanik dan pemakanan dalam prestasi atlet e-sukan. Selain itu, membangunkan kemahiran fizikal dan mental pemain, mengaplikasikan kaedah pemulihan dan pencegahan kecederaan termasuk memberi pendedahan pelajar kepada teknik pemulihan otot, postur badan, dan strategi pencegahan kecederaan akibat aktiviti permainan berjam-jam.