Nadi Kidventure Video Pembelajaran Bulan Jun 2026
22 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2026, telah diadakan Tayangan video pembelajaran NADI Kidventure Topik Bulan Jun 2026 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kedua bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.30 tengah hari.
Peserta akan menonton 3 Video pembelajaran Kidventure usahawan cilik mengenai harga, promosi dan 4P dalam pemasaran. Video pembelajaran ini memperkenalkan peserta kepada asas pemasaran dengan memahami empat elemen utama iaitu Produk (Product), Harga (Price), Tempat (Place) dan Promosi (Promotion). Melalui video ini peserta mempelajari cara menetapkan harga yang sesuai, menggunakan promosi untuk menarik pelanggan serta merancang strategi pemasaran yang berkesan bagi meningkatkan jualan dan membina kemahiran asas keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: