LMS ESPORT (Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan)

5 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Julai 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.

Tujuan pembelajaran adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan emosi semasa pertandingan e-Sukan. Hal ini membantu pemain kekal fokus, membuat keputusan yang tepat, dan mengekalkan prestasi yang konsisten. Selain itu, peserta perlu belajar mengawal tekanan, mengurus rasa kecewa apabila tewas, serta mengelakkan sikap terburu-buru atau marah yang boleh menjejaskan permainan dan kerjasama dalam pasukan. Peserta juga perlu mengamalkan komunikasi yang positif, disiplin diri, dan semangat kesukanan, pemain dapat meningkatkan keyakinan serta menikmati pengalaman pertandingan dengan lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali